Monday, 16 January 2012

Lawak Bayi Jepun

Bayi Jepun

Herman : "Saya dengar anda suami-isteri sedang mengikuti kursus bahasa jepon.. kenapa?"

Jamri : "Kami baru sahaja mengambil seorang bayi Jepun yang berusia sebulan itu dari rumah anak yatim sebagai anak angkat kami... Jadi kami bimbang bila sudah besar nanti dia akan bercakap dalam bahasa Jepun dengan kami"

Cara Buat Blog

1. Pada kali ini saya akan tunjukan cara mendaftar blog dan bagaimana memilih nama blog anda. Pilihan nama bergantung kepada anda. Apa sahaja nama yang hendak diletakkan terpulang kepada anda. Setelah anda sign up pada tutorial pertama tadi anda akan di bawa kehalaman ini. Anda klk “create your blog now”

2. Seterusnya anda perlu isikan nama blog anda. Jika anda ingin membuat blog peribadi anda boleh letakkan nama anda atau nama samaran. Jika anda ingin buat blog untuk berniaga, anda boleh letakkan nama barangan anda. Contohnya “tudung online”, “kasut online” dan sebagainya.
Contoh gambar di atas saya masukkan nama peribadi mohadam sebagai nama blog saya kemudian klik “check availability” untuk lihat sama ada ianya boleh di daftarkan atau tidak. Kalau tidak boleh di daftarkan anda boleh letakkan dash antara nama tersebut.
So saya akan teruskan dengan nama lain. Untuk tutorial buat blog ini saya akan gunakan blog mak jemah ini sebagai rujukan untuk panduan semua.

3. Saya letakkan nama mak jemah dan ianya berjaya…orang tak pakai kot nama nie..Kemudian klik “continue”

4. Selepas itu anda akan di minta untuk pilih template ataupun tema blog anda. Untuk pengetahuan anda tema ini boleh di tukar pada bila-bila masa. Jadi anda boleh pilih mana-mana terlebih dahulu kemudian boleh boleh tukar yang lain lepas ni. Klik “continue”.

5. Okay, blog dah berjaya di daftarkan, untuk memulakan post anda klik “start blogging”…sambung untuk post seterusnya.